Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 28, 2010

untuk nyawa.

aku baru sahaja balik dari subang jaya shopping barang keperluan lelaki. maklumlah rupa kena jaga, baru ada mutu dan gaya. bagi kawan-kawan yang kenal aku. sememangnya aku mengambil berat tentang kebersihan diri ni, sebab bagi aku. rupa kena jaga baru rasa selesa nak buat kerja dan rasa yakin bila kita lakukan kerja seharian.

since aku taknak rasa bosan shopping sorang-sorang aku heret la adik aku sekali temankan aku, dalam perjalanan ke subang jaya. adik aku bertanya satu soalan yang aku kira memang aku akan jawab tanpa sebarang masalah.

"bang kau memang suka ke kat gf kau?"

"ehem... bukan suka tapi cinta ok" (angkat kening)

perasaan jiwang adalah hak milik setiap insan ok.

Wednesday, May 19, 2010

trust in ABC

"YOUR RESULT IS NOT GOOD AT ALL". Sentence ni dari dekan fakulti pendidikan dan bahasa universiti aku. 7 perkataan ini akan aku ingat sampai bila-bila, memang ringkas sentence ni dan memang sudah cukup untuk bagi semangat jatuh.

kalau nak diingatkan balik zaman belajar dulu, aku ni bukan diantara student yang ada dalam favourite list para lecturers. maklumlah, manusia bodoh mana layak nak bergaul dengan cerdik pandai. tapi aku try jugak enjoy student life aku.

sekarang zaman belajar pun dah habis, masing-masing dengan hal masing-masing, ada yang dah kahwin, ada yang suka jaga hal orang, ada juga yang tidak berubah. lantak p!!. aku ni mengamalkan jenis tidak kisah.janji masing-masing berjaya ok la kot.

tarikh 16.11.2009 ialah tarikh aku start berkerja. aku yang suka memakai jeans, t-shirt, berambut panjang kena ubah gaya jadi "brader" sikit. memang susah nak ubah tabiat, tapi kena cuba untuk diri sendiri jugak. sekarang dah 7 bulan aku bekerja, dan tidak lama lagi aku akan sambung belajar balik, termakbul juga hajat aku nak sambung belajar, malam aku sekarang ni boleh ditemani dengan senyuman yang nyenyak. benda ni memang salah satu impian aku sebab benda ni sahaja yang aku nampak dalam hidup aku, itu sahaja yang aku percaya. kalau berjumpa dengan kawan-kawan lama memang selalu sembang pasal impian sebab aku tau, masing-masing sudah ada tanggungjawab jadi kita sering memasang impian yang boleh melunaskan kemahuan sendiri. aku tahu...

since aku dah jadi "abang-abang" ni nak jugak bagi nasihat. nak dengar ok, taknak dengar sukati. bagi aku senang je, kalau nak berjaya kena cepat. the time is not too friendly to us. aku tahu susah. tapi kena cuba.

thanks prof for the lovely comment that you gave to me.. sampai mati pun akan saya ingat sampai bila-bila.

p/s: "To be persuasive we must be believable; to be believable we must be credible; to be credible we must be truthful" — Edward R. Murrow

Friday, March 19, 2010

Dedikasi untuk seorang kawan.

hey kawan,sahabat, teman sekecil,"my lads", "my mate", "my dawg", "my hommie".

ko masih ingat waktu dulu-dulu?
waktu kita pergi ke sekolah bersama,
waktu kita pergi hang out bersama,
waktu kita mengutuk musuh sekililing kita bersama,
waktu kau baru nak belajar bercinta tapi sampai sekarang bodoh jugak.

masih ingat?

dulu kau ok,
sekarang kau KO,
Dulu ko sembang biasa,
sekarang ko sembang luar biasa,
dulu kau duduk rumah setingkat,
sekarang gaya macam bertingkat-tingkat,
dulu kau berbaju biasa murah pun tidak apa,
sekarang semua designer label,

Aku masih lagi macam dulu,
orang dulu yang kau kenal,
tapi kemungkinan kau sudah lupa
kerana kau sudah kaya
mata kau sudah buta,
fikiran kau sudah tuli,
kau bukan sorang insan dahulu,
kau telah bertukar menjadi plastik yang fake.
kau bukan yang aku kenal dahulu

semoga kau berbahgia dengan sifat poyo kau.
dah jadi jutawan jangan lupa buat iklan dalam surat khabar.

p/s: aku memang fuck dengan orang berlagak dengan harta mak bapak ni..

Monday, February 15, 2010

budak ini umur 5 tahun bukan 23 la

"hadiah yang tidak ternilai buat ibu dan papa bila dapat abang sebagai anak,ibu dengan papa sayang abang, selamat hari jadi yang ke-23". "air mata jantan bergenang"



Gambar budak pelik ini diambil pada malam 14 febuari 2010 di kawasan yang penuh dengan lampu-lampu pelik



budak pelik dengan rakan-rakan beliau.



gambar budak pelik senyum sorang-sorang

kalau ikut zaman jepun umur 23 tahun ni memang dah berderet anak, tapi tu zaman jepun, dalam umur ini aku sudah set beberapa target yang perlu aku usahakan. semakin tua semakin la banyak cabaran, semakin tua semakin mengancam la aku. selamat hari jadi maswan.

p/s: tolong kerja kuat untuk adik-adik dan keluarga.

Saturday, December 12, 2009

zaman aku skang

Walaupun aku stress dengan kerja aku tapi aku tetap happy and cuba cari jalan keluar untuk menghirup udara yang dinamakan "kehidupan". Terlampau banyak sangat kerja-kerja birokrasi yang perlu aku siapkan tapi tetap senyum walaupun hati mencaci hamun. dengan adanya tanggunjawab, aku belajar menjadi dewasa dan dapat tahu erti sebenar menjadi dewasa. perkataan tanggungjawab selalunya berkaitan dengan dewasa. semakin umur meningkat mengancam semakin banyaklah tanggungjawab.

Aku selalu beritahu student aku "you must always trust your dream". bagi aku hidup ini tidak akan ada apa-apa kalau tidak ada impian. bagi aku "beautiful ending starts with a simple dream". cuma kadang-kadang impian tidak akan selalu termakbul sebab dunia ini tidak adil. tapi jangan putus asa. kehidupan ini indah dan kita sebagai penghuni dunia kena teruskan kehidupan.

aku cuba cari jalan keluar untuk diri aku sendiri supaya aku ada "social life" aku rasa masa untuk diri sendiri wajib ada kerana dari situ kau boleh berfikir apa yang terbaik untuk diri kau untuk masa hadapan dan apa perkara yang boleh perbaiki untuk masa hadapan. aku ingat waktu kecil aku, ibu selalu bertanyakan "dah besar abang nak jadi ape?". walaupun bertayaan yang ringkas tapi penuh dengan harapan. ibu siapa yang tidak mengharapkan perkara yang terbaik untuk anak sendiri. ibu sentiasa ada nasihat untuk aku. walau pening, stress aku macam mana pun ibu sentiasa ada dengan aku. aku memang nak kena cari gf mcm mak aku lah.

Dulu aku asyik bising takde awek, skang ni hari-hari aku penuh dengan awek. hari isnin sampai jumaat memang penuh kaum hawa dengan aku. skang aku jadi pening mane 1 nak pilih.. ramai sangat awek ni. benda yang tidak pernah aku terfikir selama ini mengajar di kolej nursing. fuh memang bengkak mate aku pandang diorang. tapi korang kena faham. suke tengok dengan cinta lain ok.. i suke tengok tapi im not love with u. kalo korang kate aku pervert aku akan cakap korang hipokrit. paling hina pun korang jelous.

terus terang aku cakap aku memang rindu zaman dulu-dulu. tapi hidup harus pergi kedepan. kawan-kawan sekolej aku pun dah banyak berubah. masing-masing ada hal masing. kepada shafiq- jangan putus asa mencari kehidupan sendiri (jangan risau nanti kita lepak serawak sama-sama coz we very single) ijan pun dah kerja dengan syarikat publication. memang selalu sibuk dengan komik sahaja. taufiq sekarang pun cuba cari kehdupan sendiri (wei benti-benti la tulis sal bola and movie dlama blog ko. bosan dowh). haris pun dah banyak berubah. cepat-cepat pindah shah alam wei. setiap kali aku berjumpe dengan classmate aku memang aku akan bertanyakan tentang korang sebab aku rindukan korang.

aku still macam dulu. cuma kehidupan aku sekarang lain. untuk awek-awek yang xpernah aku dapat. well, korang memang rugi ah.. you guys missed all these asset ok. aku tau korang just nak have fun then bile nak seriuos baru datang cari kitorang yang baik-baik ni.. terlambat dah ok. i have my own nurses and i head of my game. so later yaw

p/s: dulu aku ckup benci dengan tie. skang ni aku rasa kalo xpkai tie rasa kurang macho lak.

Friday, November 13, 2009

Persamaan dan Perbezaan

Cerita Orang cina

Bapak aku kata kita orang cina mesti kerja kuat,
Negara ini Melayu punya!!
Melayu tak guna, Melayu tak hormat sama orang cina.
Jadi aku pun tak suka sama orang melayu
Melayu bodoh! Melayu pemalas! penindas!!
aku hanya berkawan dengan orang cina.

Cerita Orang Melayu

Aku takde kawan lain selain orang Melayu
Aku diajar bahawa cina adalah bangsa penipu
aku percaya
jangan bagi cina kuasa nanti Melayu hilang negara
aku percaya
aku jadi benci kat mereka
aku diajar bahawa cina adalah musuh
dan aku percaya dan aku benci mereka.

Cerita orang india

aku tersepit aku tak boleh lari
aku yang selalu yang jadi mangsa
kamu melayu cina hanya fikirkan tentang korang
bagaimana dengan aku?? korang ingat aku apa??
binatang yang takde perasaan?
yang boleh ko sepak terajang?
sampai bila ko nak tolak aku?
sampai ke dinding? sampai aku mengamuk membunuh?
itu yang korang nak?
aku hanya mahu berkawan hidup bersama
macam bersaudara

bagi aku. dari dok sembang pasal isu matematik dan sains baik kita sembang pasal isu racial ni. kita ini semakin gelap. mata ini untuk melihat, tapi apa yang hendak kita lihat kalau semuanya gelap? kita tak buta kita semua hidup nak berjaya untuk membolehkan kita melihat. aku melayu apa beza dengan kaum lain? warna kulit ke? bahasa pertuturan ke? budaya? keturunan? apa? inikah alasan untuk kita bermusuhan? jika betul aku rela dibutakan mata dari hidup dalam kegelapan. aku sayang negaraku dan aku sayang saudaraku.

Makcik gay

Ada seorang makcik yang mulutnya memang terkenal di kawasan perumahan aku dan dia berkawan dengan mak aku. sering bertandang ke rumah aku pada waktu petang. Setiap kali dia datang, rumah aku akan bertukar kepada suasana konsert hardcore. ini kerana suara dan gelak hilai persis setan beliau membuatkan aku konfius dengan perangai beliau. Suatu hari makcik ini menegur aku dengan suara yang agak besar

makcik: wah!! hizzly sekarang dah dapat kerjakan

aku: a ah (sambil senyum kecil)

makcik: ok la tuh, pasni cari betina kawin lah.

aku: eh nanti dululah duit pun takde lagi.

makcik: oo.. ingatkan gay!..nasib baik

aku: Eh takde la cik. kalau saya gay takan saya senyum lebar tengok tetek anak dara
makcik.

so korang faham-faham sendiri la ending cerita aku ini macam mane eh.