Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 20, 2009

Untuk budak bernama MASWAN

Gambar waktu Hari Raya pertama 2009





Kepada adik-adik aku. Maswanhizzany bt Masri dan Maswanhizzry bin Masri. Abang rindu dekat korang semua. cepat-cepat kalian balik ke kampung halaman, boleh kite makan 1 meja bersama-sama sambil ketawa hilai.

Sunday, October 4, 2009

Terasa hendak cirit bila terkenangkan nasib

Pernah atau tidak kalian berfikir apabila kejadian tahi berlaku pada diri sendiri atau nasib sendiri tidak menguntungkan badan tiba-tiba kalian terfikir alangkah seronoknya kalau kita menjadi kanak-kanak. Ayat ini sering aku cakapkan pada kawan-kawan aku dan pada diri aku sendiri. Kenapa? Sebab aku penat melayan nasib sendiri yang entah bila akan berkesudahan dengan baik. Memang hidup ini umpama roda kejap kita diatas kejap kita dibawah tetapi aku rasakan roda kehidupan aku terlalu besar sehinggakan ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk berpusing kembali keatas.

Sabar...

Aku terlalu rindukan zaman dahulu. Zaman yang aku rasakan masalah dunia adalah masalah seperti basikal rosak, mainan jahanam etc. Dulu aku tidak perlu besusah-susah mencari duit dan mengenal apa itu erti duit, apa yang aku tahu waktu pagi dapat seringgit waktu petang dapat seringgit. Aku tidak perlu memikirkan masalah tentang dunia, apa yang penting masalah tentang diri aku perlu dibereskan. naif bukan.

Semakin kita meningkat dewasa pelbagai masalah kita kenali. Masalah kebendaaan yang sering terjadi pada diri kita sebagai contoh masalah duit, Memang duit bukan segalanya tetapi aku hendak bertanyakan pada kalian. bolehkah seseorang itu hidup dengan hanya berbekalkan budi perkerti yang baik? adakah budi baik dapat membeli barang yang kita hajati? boleh?. Kalian boleh melabelkan diri aku sebagai mata duitan atau insan yang mementingkan diri sendiri tetapi kalian juga begitu bukan? hipokrit!!. Terlampau banyak sangat masalah melanda diri aku sehinggakan aku merasa diri ini seperti karung tinju yang bertubi-tubi ditumbuk.

perbandingan tidak usah diutarakan. diri aku ini sudah puas dibandingkan dengan orang lain. ya!. Aku sedar aku tahu siapa diri aku. Tetapi apa kena mengena kehidupan aku dengan kau? susahkah hidup kau jikalau aku bernasib malang? susahkah hidup kau jikalau hidup aku porak peranda? siapa kau hendak melabel diri aku bagus atau tidak? siapa kau hendak berceritakan tentang kehidupan walhal tiada satu apa pun yang kau kecapi dalam hidup kau. aku tidak perlukan perbandingan kau untuk aku perbetulkan kehidupan aku. biarkan sahaja aku.

Sekarang umur sudah 22 tahun. banyak perkara perlu difikirkan, perasaan untuk memajukan diri kedepan sentiasa membara dalam diri ini. cuma kadang-kadang muak menunggu dan mencari peluang. harap-harap esok ada sinar.

aku xde duit
aku xde awek
aku gemuk
so ape lu mau? penampar mau?