Tempat pertama kitorang sampai dekat kemaman
Tempat ini dipanggil taman pakau tinggi. memang sesuai kalau couple melepak. waktu ni masing-masing tidak terasa penat lagi. permandangan cukup superb.
Tempat kedua kitorang sampai dekat kemaman
Tempat ni dipanggil pantai kemasik. Disini, terdapat banyak gua-gua yang pelik dan cantik. pada waktu itu aku dan kawan-kawan dah macam spiderman. panjat sana panjat sini. memang cukup penat tapi gembira. lepas penat memanjat kiorang makan lemang ditepi pantai. betul-betul macam dalam movie. cuma waktu itu kitorang tidaklah memakai bikini atau pun tight. kalau kitorang pakai, korang boleh bayangkan betapa montoknya kitorang.
Tempat ke-tiga kiorang pergi dekat kemaman
Lepas kitorang penat mengedik kat pantai kitorang dibawa ke dusun burn. di dusun ini terdapat buah langsat dan buah durian. Memang tidak dapat aku gambarkan betapa seronoknya aku makan durian bersama kawan-kawan. idea makan durian memang biasa, tapi bukan selalu kita dapat berjumpa dengan kawan-kawan sambil makan durian. Waktu ini igniz tidak makan durian. mungkin beliau gemar memegang duri durian dari merasa isi durian.
Tempat ke-empat kitorang pergi di kemaman
Di waktu petang pula. Burn telah membawa kami ke tempat lepak yang paling cool. Disini kami dikenalkan dengan 2 jenis makanan iaitu satar dan otak-otak. Jika di Kuala Lumpur, kita boleh melihat ramai warga kota suka melepak di kedai mamak sambil makan roti canai tetapi sebaliknya di terengganu penduduknya lebih gemar menghabiskan masa petang bersama teman sambil makan 2 jenis makanan ini. Rasanya cukup enak dan mampu memberi kepuasan yang superb. berpinggan-pinggan kitorang makan. maklum sajalah agak sukar bagi kami mendapatkan makanan jenis ini di tempat kami. pada waktu malam kami dibawa melihat kelip-kelip sambil menaiki sampan dan melihat penyu bertelur. terus-terang aku cakap. malam itu aku memang jadi batak sebab inilah kali pertama melihat kejaiban tuhan. bayangkan penyu boleh mengeluarkan berpuluh-puluh telur dalam masa 1 malam. cukup kagum.
Tempat ke-lima kitorang pergi dekat kemaman
Kedai ini dipanggil kedai kopi Hai Peng. tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang kedai ini kecuali kelazatan dan orama kopi yang menyelerakan. Bagi aku Hai peng ialah starbuks kemaman. harap-harap hai peng bukak cawangan di shah alam. Selepas breakfast kami terus ke Kuala Terengganu
Di Kuala Terengganu
Di Kuala Terengganu kami melawat Masjid Kristal. masjid ini bukan diperbuat dari kristal cuma binaannya yang berkilat membuatkan orang ramai memanggil masjid kristal. selepas itu kami bergegas pergi ke rumah asyikin teman sekolej kami. setelah penat berjalan kami disajikan dengan mee hun tom yam. memang sedap ditambah pulak dengan lapar semua aku sental. terima kasih aku ucapkan kepada asyikin sebab bersusah payah menyediakan makanan untuk kami dan memaksa aku makan mee hun sampai kenyang. Selepas itu kami pergi ke masjid terapung. Di waktu senja masjid terapung memaparkan keunikan yang tersendiri. sempat jugak kami snap gambar untuk dijadikan kenangan.
Hari terakhir di Kemaman
"Bila nak datang lagi"?, Lain kali kalau nak datang ajak family sekali". itu ayat mak burn bila kitorang mahu balik. layanan yang diberikan oleh keluarga burn cukup best dan membuat kami segan. Barang perempuan yang nak kahwin boleh sahaja contact abang burn. tidak akan menyesal memilihnya burn sebagai pasangan hidup. hanya satu syarat kalau ingin bergelar isteri burn. wanita itu perlu membaca komik kesukaan burn iaitu "KREKO".
Terima kasih terengganu dan terima kasih buat keluarga burn sebab sudi tumpangkan kami. pada sesiapa yang nak pergi vacation aku sarankan korang bercuti di malaysia sebab 1) murah 2) peluang nak kena H1N1 tipis so cuti-cuti malaysia.
p/s: Di terengganu cukup susah nak melihat kaum india.
jadi sesiapa yang terjumpa kaum india kat terenggganu
memang nasib baik la
Insurance brand
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment