Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, August 10, 2009

Denda

Dalam sekolah ada 3 jenis guru

1. Cikgu yang suka bagi merit dekat murid-murid

jika ada kesalahan memang akan kena merit, tidak kira kesalahan besar atau kecil. merit tetap diberikan. bagi mereka. jika tidak beri merit pada budak nescaya "suey" la hidup beliau.

2. Cikgu yang suka merotan

Bagi guru yang suka merotan mereka akan membawa rotan kemana-mana sahaja di kawasan sekolah. selalunya murid-murid akan memberi gelaran kepada guru tersebut. dan rotan yang dibawanya cukup panjang dan agak pedih bila singgah di pinggul murid-murid. Murid paling takut dengan guru jenis ini.

3. Guru yang suka medenda

Guru seperti ini pula mengunakan cara denda untuk mendidik murid-muridnya. denda yang deberikan selalunya bersifat ragging dan sangat memenatkan. Setiap guru ada trademark denda sendiri. selalunya denda dikenakan dalam proses pembelajaran

Untuk pengetahuan korang aku tergolong dalam guru bernombor 3 iaitu guru yang mendenda. aku medenda murid-murid bukan kerana aku nak seksa mereka tetapi untuk peringatan kepada mereka supaya tidak melakukan perkara yang sama. aku lebih suka mengunakan pendekatan begini untuk mendidik anak murid aku. Merotan bukan gaya aku untuk menghukum kerana rotan bagi aku adalah satu jalan yang terakhir untuk mendidik murid-murid. jadi gambar dibawah menunjukan cara aku mendidik murid-murid aku





Aku hanya akan medenda murid-murid aku jika mereka tidak menyiapkan kerja sekolah yang aku berikan. aku prefer mengunakan term denda kepada mendidik.

Adakah aku kejam? terpulang pada individu.

No comments:

Post a Comment