Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 12, 2009

zaman aku skang

Walaupun aku stress dengan kerja aku tapi aku tetap happy and cuba cari jalan keluar untuk menghirup udara yang dinamakan "kehidupan". Terlampau banyak sangat kerja-kerja birokrasi yang perlu aku siapkan tapi tetap senyum walaupun hati mencaci hamun. dengan adanya tanggunjawab, aku belajar menjadi dewasa dan dapat tahu erti sebenar menjadi dewasa. perkataan tanggungjawab selalunya berkaitan dengan dewasa. semakin umur meningkat mengancam semakin banyaklah tanggungjawab.

Aku selalu beritahu student aku "you must always trust your dream". bagi aku hidup ini tidak akan ada apa-apa kalau tidak ada impian. bagi aku "beautiful ending starts with a simple dream". cuma kadang-kadang impian tidak akan selalu termakbul sebab dunia ini tidak adil. tapi jangan putus asa. kehidupan ini indah dan kita sebagai penghuni dunia kena teruskan kehidupan.

aku cuba cari jalan keluar untuk diri aku sendiri supaya aku ada "social life" aku rasa masa untuk diri sendiri wajib ada kerana dari situ kau boleh berfikir apa yang terbaik untuk diri kau untuk masa hadapan dan apa perkara yang boleh perbaiki untuk masa hadapan. aku ingat waktu kecil aku, ibu selalu bertanyakan "dah besar abang nak jadi ape?". walaupun bertayaan yang ringkas tapi penuh dengan harapan. ibu siapa yang tidak mengharapkan perkara yang terbaik untuk anak sendiri. ibu sentiasa ada nasihat untuk aku. walau pening, stress aku macam mana pun ibu sentiasa ada dengan aku. aku memang nak kena cari gf mcm mak aku lah.

Dulu aku asyik bising takde awek, skang ni hari-hari aku penuh dengan awek. hari isnin sampai jumaat memang penuh kaum hawa dengan aku. skang aku jadi pening mane 1 nak pilih.. ramai sangat awek ni. benda yang tidak pernah aku terfikir selama ini mengajar di kolej nursing. fuh memang bengkak mate aku pandang diorang. tapi korang kena faham. suke tengok dengan cinta lain ok.. i suke tengok tapi im not love with u. kalo korang kate aku pervert aku akan cakap korang hipokrit. paling hina pun korang jelous.

terus terang aku cakap aku memang rindu zaman dulu-dulu. tapi hidup harus pergi kedepan. kawan-kawan sekolej aku pun dah banyak berubah. masing-masing ada hal masing. kepada shafiq- jangan putus asa mencari kehidupan sendiri (jangan risau nanti kita lepak serawak sama-sama coz we very single) ijan pun dah kerja dengan syarikat publication. memang selalu sibuk dengan komik sahaja. taufiq sekarang pun cuba cari kehdupan sendiri (wei benti-benti la tulis sal bola and movie dlama blog ko. bosan dowh). haris pun dah banyak berubah. cepat-cepat pindah shah alam wei. setiap kali aku berjumpe dengan classmate aku memang aku akan bertanyakan tentang korang sebab aku rindukan korang.

aku still macam dulu. cuma kehidupan aku sekarang lain. untuk awek-awek yang xpernah aku dapat. well, korang memang rugi ah.. you guys missed all these asset ok. aku tau korang just nak have fun then bile nak seriuos baru datang cari kitorang yang baik-baik ni.. terlambat dah ok. i have my own nurses and i head of my game. so later yaw

p/s: dulu aku ckup benci dengan tie. skang ni aku rasa kalo xpkai tie rasa kurang macho lak.

2 comments:

Healmie Zahari said...

Matang...matang...matang.
xde topik len? Hehe gurau je. Ye, kita semakin matang lepas kuar universiti nih. Baru rasa pahit manis kehidupan yg sebenar. Telan je lah asal xharam :-)

Alif Iskandar Tareh said...

beb.. sejak bile ko mengajar kat kolej nursing beb?? uhh.. maybe its kinda late for me to congratulate you... but well anyway... congratulation maann!

Post a Comment