Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 31, 2010

Satu konsep atau tuntutan?

ada korang perasan awek-awek atau kawan-kawan korang yang dulunya suka "freehair" sekarang ni dah pakai tudung? ada jugak dikalangan mereka yang memakai tudung "on" "of" ikut mood diorang. aku nak kata happy tak jugak sebab aku memang suka tengok awek bertudung atau tak bertudung.kiranya aku memang normal dan memang sahih kejantanan aku ni.

kalau tengok dari jenis tudung, macam-macam style ada. korang nak yuna style, uztazah style, syria style, semua ada. yang menjual kat tepi-tepi jalan or blog pun ada. sampaikan member-member mak aku pun datang rumah menjual tudung racun mak aku suruh beli tudung,semua tak kisah janji ada duit semua jalan.

tapi aku hairan kenapa begitu drastik sekali perubahan awek-awek ni. jadi aku pun bertanya la kepada kawan-kawan perempuan aku dan awek-awek sekiling aku. soalan aku memang ringkas "kenapa kau pakai tudung?".dengan satu soalan aku dapat banyak respon


1. sebab i nampak cantik kalau bertudung
2. sebab bf i suruh
3. rambut i kerinting macam macy gray so nampak buruk
4. sebab yuna pakai tudung
5. i nak buat tudung ni sebagai experiment fesyen
6. i nak cuba-cuba je
7. ntah la
8 kawan-kawan semua pakai takan i sorang tak pakai. fell left out lah

aku ni bukan la orang-orang alim atau ada background didikan agama dari universiti Al-azhar atau cairo tapi dari respond yang aku dapat korang boleh nilai sendiri. betapa banyaknya awek-awek bimbo disekeliling kita ni.

p/s: member mak aku jual tudung tapi dia tak pakai tudung siap dye rambut lagi beb.
ada gaya ada style lah, sukati lu la makcik.

Friday, May 28, 2010

untuk nyawa.

aku baru sahaja balik dari subang jaya shopping barang keperluan lelaki. maklumlah rupa kena jaga, baru ada mutu dan gaya. bagi kawan-kawan yang kenal aku. sememangnya aku mengambil berat tentang kebersihan diri ni, sebab bagi aku. rupa kena jaga baru rasa selesa nak buat kerja dan rasa yakin bila kita lakukan kerja seharian.

since aku taknak rasa bosan shopping sorang-sorang aku heret la adik aku sekali temankan aku, dalam perjalanan ke subang jaya. adik aku bertanya satu soalan yang aku kira memang aku akan jawab tanpa sebarang masalah.

"bang kau memang suka ke kat gf kau?"

"ehem... bukan suka tapi cinta ok" (angkat kening)

perasaan jiwang adalah hak milik setiap insan ok.

Wednesday, May 19, 2010

trust in ABC

"YOUR RESULT IS NOT GOOD AT ALL". Sentence ni dari dekan fakulti pendidikan dan bahasa universiti aku. 7 perkataan ini akan aku ingat sampai bila-bila, memang ringkas sentence ni dan memang sudah cukup untuk bagi semangat jatuh.

kalau nak diingatkan balik zaman belajar dulu, aku ni bukan diantara student yang ada dalam favourite list para lecturers. maklumlah, manusia bodoh mana layak nak bergaul dengan cerdik pandai. tapi aku try jugak enjoy student life aku.

sekarang zaman belajar pun dah habis, masing-masing dengan hal masing-masing, ada yang dah kahwin, ada yang suka jaga hal orang, ada juga yang tidak berubah. lantak p!!. aku ni mengamalkan jenis tidak kisah.janji masing-masing berjaya ok la kot.

tarikh 16.11.2009 ialah tarikh aku start berkerja. aku yang suka memakai jeans, t-shirt, berambut panjang kena ubah gaya jadi "brader" sikit. memang susah nak ubah tabiat, tapi kena cuba untuk diri sendiri jugak. sekarang dah 7 bulan aku bekerja, dan tidak lama lagi aku akan sambung belajar balik, termakbul juga hajat aku nak sambung belajar, malam aku sekarang ni boleh ditemani dengan senyuman yang nyenyak. benda ni memang salah satu impian aku sebab benda ni sahaja yang aku nampak dalam hidup aku, itu sahaja yang aku percaya. kalau berjumpa dengan kawan-kawan lama memang selalu sembang pasal impian sebab aku tau, masing-masing sudah ada tanggungjawab jadi kita sering memasang impian yang boleh melunaskan kemahuan sendiri. aku tahu...

since aku dah jadi "abang-abang" ni nak jugak bagi nasihat. nak dengar ok, taknak dengar sukati. bagi aku senang je, kalau nak berjaya kena cepat. the time is not too friendly to us. aku tahu susah. tapi kena cuba.

thanks prof for the lovely comment that you gave to me.. sampai mati pun akan saya ingat sampai bila-bila.

p/s: "To be persuasive we must be believable; to be believable we must be credible; to be credible we must be truthful" — Edward R. Murrow