Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, May 19, 2010

trust in ABC

"YOUR RESULT IS NOT GOOD AT ALL". Sentence ni dari dekan fakulti pendidikan dan bahasa universiti aku. 7 perkataan ini akan aku ingat sampai bila-bila, memang ringkas sentence ni dan memang sudah cukup untuk bagi semangat jatuh.

kalau nak diingatkan balik zaman belajar dulu, aku ni bukan diantara student yang ada dalam favourite list para lecturers. maklumlah, manusia bodoh mana layak nak bergaul dengan cerdik pandai. tapi aku try jugak enjoy student life aku.

sekarang zaman belajar pun dah habis, masing-masing dengan hal masing-masing, ada yang dah kahwin, ada yang suka jaga hal orang, ada juga yang tidak berubah. lantak p!!. aku ni mengamalkan jenis tidak kisah.janji masing-masing berjaya ok la kot.

tarikh 16.11.2009 ialah tarikh aku start berkerja. aku yang suka memakai jeans, t-shirt, berambut panjang kena ubah gaya jadi "brader" sikit. memang susah nak ubah tabiat, tapi kena cuba untuk diri sendiri jugak. sekarang dah 7 bulan aku bekerja, dan tidak lama lagi aku akan sambung belajar balik, termakbul juga hajat aku nak sambung belajar, malam aku sekarang ni boleh ditemani dengan senyuman yang nyenyak. benda ni memang salah satu impian aku sebab benda ni sahaja yang aku nampak dalam hidup aku, itu sahaja yang aku percaya. kalau berjumpa dengan kawan-kawan lama memang selalu sembang pasal impian sebab aku tau, masing-masing sudah ada tanggungjawab jadi kita sering memasang impian yang boleh melunaskan kemahuan sendiri. aku tahu...

since aku dah jadi "abang-abang" ni nak jugak bagi nasihat. nak dengar ok, taknak dengar sukati. bagi aku senang je, kalau nak berjaya kena cepat. the time is not too friendly to us. aku tahu susah. tapi kena cuba.

thanks prof for the lovely comment that you gave to me.. sampai mati pun akan saya ingat sampai bila-bila.

p/s: "To be persuasive we must be believable; to be believable we must be credible; to be credible we must be truthful" — Edward R. Murrow

2 comments:

skunksenn zone said...

prof nyonya ka weh??

En. Hizzly said...

owh tidak.. ni prof jantan..

Post a Comment