Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, June 21, 2010

Title yang diidamkan

YA Bhg Professor Emeritus Maswanhizzly bin Masri

title yang aku nak dalam masa 15 tahun akan datang.

aku nak title ni sebab aku rasa title ini sangat jujur, ia juga tidak dapat dibeli seperti datuk dan tan sri. kalau korang perasan. tidak ramai orang ada title ni.

aku harap dalam 15 tahun akan datang hidup aku akan berjalan lancar, bukan taknak ada masalah cuma tidak mahu masalah terlampau besar.

Monday, June 7, 2010

siapa kawin dulu?

semalam bertarikh 6 june 2010 adalah tarikh keramat buat sahabat aku juhairi, sebab dia baru sahaja menlangsungkan perkahwinan pertamanya. majlis berlangsung dengan penuh warna dan hilai tawa. rasa rindu terhadap kawan-kawan terubat juga sebab dapat berjumpa dengan mereka. bila sudah kumpul ramai-ramai memang macam-macam nostalgia diungkitkan. sedang sibuk bercerita tentang masa lalu tiba-tiba seorang kawan aku bersuara

"jue sudah kawin so whose next?"


"tangan semua orang tunjuk kat aku"

nak kata terkejut tidak jugak. aku pun melayan je la. ada sebab kenapa diorang tunjuk kearah aku

1. seorang yang alim dan cukup didikan agama
2. suka pada kanak-kanak.
3. perwatakan ceria
4. berilmu, sangat cerdik dan tidak meninggi diri
5. mempunyai ciri-ciri suami mithali
6. cukup sihat dan sihat tubuh badan
7. berpontensi untuk memberi anak kembar kepada pasangan
8. kuat berkerja
9. setia dan bukan playboy
10. tidak terlalu tampan tapi agak manis orangnya

itu pasal diorang pilih aku akan berkahwin dulu

p/s: apa aku tulis ni betul, percaya lah..