Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, June 7, 2010

siapa kawin dulu?

semalam bertarikh 6 june 2010 adalah tarikh keramat buat sahabat aku juhairi, sebab dia baru sahaja menlangsungkan perkahwinan pertamanya. majlis berlangsung dengan penuh warna dan hilai tawa. rasa rindu terhadap kawan-kawan terubat juga sebab dapat berjumpa dengan mereka. bila sudah kumpul ramai-ramai memang macam-macam nostalgia diungkitkan. sedang sibuk bercerita tentang masa lalu tiba-tiba seorang kawan aku bersuara

"jue sudah kawin so whose next?"


"tangan semua orang tunjuk kat aku"

nak kata terkejut tidak jugak. aku pun melayan je la. ada sebab kenapa diorang tunjuk kearah aku

1. seorang yang alim dan cukup didikan agama
2. suka pada kanak-kanak.
3. perwatakan ceria
4. berilmu, sangat cerdik dan tidak meninggi diri
5. mempunyai ciri-ciri suami mithali
6. cukup sihat dan sihat tubuh badan
7. berpontensi untuk memberi anak kembar kepada pasangan
8. kuat berkerja
9. setia dan bukan playboy
10. tidak terlalu tampan tapi agak manis orangnya

itu pasal diorang pilih aku akan berkahwin dulu

p/s: apa aku tulis ni betul, percaya lah..

2 comments:

Hartini Mohd Hatim said...
This comment has been removed by the author.
Hartini Mohd Hatim said...

okayy.. i caye.. nanti i minang u ye.. u tunggu k sambil u dudok bersimpul..

Post a Comment