Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 23, 2009

Kenangan

Selalunya selepas kita habis menuntut ilmu masing-masing akan membuat haluan masing-masing dan setiap diri masing-masing ada tersimpan kenangan or peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Tidak kira kenangan manis or pahit kita akan ingat persitiwa itu sampai bila-bila.

Dalam bulan ramadhan ni teringat aku dekat kawan-kawan aku. teman-teman seperjuangan aku sewaktu aku bergelar pelajar. waktu bulan puasa memang sudah lazim bagi kami sebagai pelajar untuk mencari juadah untuk berbuka nanti. selalunya bazaar akan dibuka dekat dengan asrama perempuan dan dekat dengan fakulti aku. kiranya ada dua bazaar la. waktu inilah aku dapat melihat muka-muka students yang puasa dan muka yang buat-buat puasa. Well tipu la kalau aku xpernah skip puasa ada beb.

kitorang akan bergerak secara kerkumpulan untuk mencari makanan masing-masing dan setiap orang dah berfantasi dengan makanan yang mau dibeli. sambil-sambil mencari makanan tu sempat la jugak mata ni melilau memandang awek yang gebu-gebu. Bab cuci mata memang best kitorang memang tidak kira waktu ramadhan or waktu biase, cuci tetap cuci beb. bagi aku perkara ini agak normal dan para wanita tidak suka dengan perlakuan kitorang yang seakan2 gila seks.

Well sape suruh cun sangat. dah cun kitorang pandang la. selepas masing-masing selesai membeli makanan kami akan balik ke rumah dan bersiap-siap untuk berbuka. masing-masing akan duduk di depan tv sambil menonton espn. sambil makan kitorang akan borak-borak tentang awek yang kitorang usha tadi.

sememangnya aku merindukan saat-saat itu. saat bersama kawan-kawan di bulan ramadhan. 4 tahun aku berpuasa bersama diorang dan dalam masa 4 tahun itu la macam-macam kenanagan manis yang aku kongsi bersama diorang.

Untuk pengetahuan korang. sewaktu hari terakhir aku berbuka bersama aku tersenyum sendirian sambil berfikir bila la lagi dapat berbuka dengan mangkuk-mangkuk ni semua.

sebenarnya aku nak cakap aku rindu.....

itu je



selamat berpuasa semoga puasa tahun ini memberi seribu makna kepada kita semua

2 comments:

Syafiq said...

gambar aku kecik gile..jom bukak pose same..

En. Hizzly said...

jom2 ajak yang lain

Post a Comment