Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 8, 2009

Hidup ini indah

Sudah agak lama aku rasa blog ini ditinggalkan bersarang, mungkin kerana life aku yang kian membosankan memaksa aku tidak menulis buat seketika. Kali ini aku rasa kejadian yang melanda pada diri aku pada bulan ramadhan ini cukup mengingatkan aku kepada si pencipta


pernah tak korang dengar ayat "hidup ini macam kitaran roda?" atau what you give you get back"?. Selalunya ayat-ayat ini dari orang yang tengah kecewa atau frust menonggeng dan ya!. aku adalah salah seorang yang dahulunya kecewa dan terasa seperti tahi panas apabila si dia memilih yang lain. Ya, aku bercakap tentang cinta. tentang seorang dara yang pernah bersarang dihati emas ini suatu ketika dahulu.

Dahulunya aku seorang yang naif tentang cinta. Bagi aku kalau kita sayang pasangan kita pasti kita akan menyokong segala macam kehendak pasangan kita. tidak kira perkara itu salah atau betul kita pasti berdiri dibelakangnya menjadi orang yang pertama menyokong kehidupannya. Dari segi memaafkan dia memang tidak dinafikan aku ini seperti "dewa yang berhati kertas" hanya tahu memaafkan dia sambil menelan perasaan aku yang aku pikir seperti racun. Sebaliknya aku yang meminta maaf kepadanya walaupun aku tahu aku tidak bersalah. Bodoh bukan?

Dalam beberapa tahun aku mengenalinya memang banyak aku harap darinya tapi sayang harapan aku ini seperti dipermian-mainkan dan aku sedar ianya dipermainkan tapi aku membiarkan sahaja kerana sayang membutakan mata aku dan waktu itu dialah segala-segalanya. Segala macam movie cinta seperti titanic, the girl next door dan movie indon adalah Influence pada aku waktu itu.

Kerana memasang harapan yang terlalu tinggi terhadapnya aku kecewa keseorangan. Dia sudah memilih yang lain dan aku dibuang jauh dalam hidupnya. cukup parah. Bagi aku aku tidak dapat bayangkan hidup aku tanpa dia. sampai begitu sekali.waktu itu ada kawan-kawan memberi kata-kata semangat untuk aku berdiri semula. Terima kasih semua. Dengan sokongan kawan-kawan, aku berjaya bangun dari kecewa dan dalam masa beberapa tahun ini aku membuat haluan aku sendiri tanpa mengambil tahu tentang perihal hidup dia. Bagi aku itu semua sejarah dan aku harus pandang kedepan.

Jadi apa kaitan cerita diatas dengan benda yang terjadi terhadap diri aku?.

ehem, untuk dijadikan cerita aku dan kawan-kawan bercadang berbuka di sunway pyramid. Sebelum sampai ke sunway pyramid aku seperti menunggu sesuatu semacam ada perasaan yang tidak dapat aku rungkaikan. tiba-tiba

aku: eh2 ni bukan bf si.............................. tapi kenapa dia dengan orang
lain pulak

pasangan mesra berlalu didepan tanpa memperdulikan aku. kiranya mamat itu telah berlaku curanglah bisik hatiku.

Dalam beberapa minit aku baru tersedar dalam beberapa tahun ini aku sangka aku masih sayangkan dia tetapi aku salah perasaan sayang itu akan hilang dimamah masa. Dahulunya aku sangat sayangkan dia tiada 3 tiada 2 tapi 1. aku susah nak lupakan dia. apa yang aku simpan selama beberapa tahun ini adalah rasa tidak puas hati. tidak puas hati dengan jawapan dia yang hanya mahu memberi alasan semata-mata, meruntuhkan harapan aku yang aku pikir sangat suci. diperlakukan seperti sampah dan ditipu seperti budak-budak setahun jagung. Aku tidak puas hati sebab aku seorang sahaja yang kecewa menelan perasaan hati sedangkan dia bergelak ketawa dalam pelukan orang lain. Sangat tidak puas hati

Tapi, untuk apa rasa tidak puas hati ini? untuk siapa aku lepaskan perasaan tidak puas hati ini? adakah aku akan puas jika dapat membalas segala detik kecewa aku terhadapnya kembali? kenapa aku menyeksa hidup aku sedankan dia berlalu laju ke dapan? hidup ini memang memenatkan segala hari-hari yang mendatang akan mematangkan fikiran kita sebagai manusia kini baru aku sedar aku sudah berjaya melupakan dia cuma hanya aku yang tidak sedar. Aku sering terlupakan maha ESA tapi dia tidak pernah melupakan aku dengan kejadian yang berlaku hari ini aku bersyukur kepadanya. walaupun sekejap tapi memberi pengajaran kepada diri aku.


p/s: i maafkan u segalnya. Semoga berbahgia selamanya.

No comments:

Post a Comment